Kenapa sakit hati.

π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” π—¦π—”π—žπ—œπ—§ π—›π—”π—§π—œ π—•π—œπ—Ÿπ—” π—£π—˜π—Ÿπ—”π—•π—¨π—₯𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—•π—˜π—¦π—”π—₯ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—˜π—π—”π—₯𝗔𝗛 π——π—œπ—Ÿπ—¨π—Ÿπ—¨π—¦π—žπ—”π—‘?

✍️ Ahmad Mursi

  1. RM329.5Billion pelaburan asing dan domestik diluluskan pada tahun 2023. Patutnya bersyukur dan bukannya sakit hati.
  2. Fikirkanlah hal rakyat yang dapat cari makan dengan 127,000 potensi peluang kerja diwujudkan.
  3. Tengku Zafrul sebut, biasanya 85% FDI direalisasikan. Lebih besar nilai diluluskan, lebih besarlah jumlah potensi yang direalisasikan.
  4. Syukurlah kerajaan stabil dan kita ada PMX, YB Zafrul dan Menteri2 yang kerja sungguh2 tarik pelabur. Pelabur yakin dengan kita dah memadai.
  5. Biarlah pembangkang yakin ekonomi kita merudum hanya kerana nilai ringgit. Bila kadar faedah US turun dan ringgit mengukuh, tercedoklah pembangkang nanti.
  6. Pakar ekonomi dah ulas, ringgit lemah berbanding USD ketika ini sebab dua faktor luar berlaku serentak (1) Beza kadar Faedah US-Malaysia (2) Prospek ekonomi China yang tidak menentu.
  7. Kita pula dah mula guna matawang tempatan (bukan USD) berdagang dengan China (25% atau RM250bil), Thailand (20%) dan Indonesia (18%).
  8. Walaun sibuk beli nasi lemak guna USD. Kerajaan pula mula usaha jauhi USD. Harap de-dollarization berjaya di seluruh dunia.
  9. Patut kita risau jika disebabkan ringgit lemah, maka ekonomi meleset, tiada pelabur nak masuk, ramai kena buang kerja, inflasi tinggi. Tapi sebaliknya berlaku sekarang ni.
  10. Mujurlah kita ada pemimpin yang faham ekonomi. Tak perlu tubuh Pasukan Jihad Tangani Inflasi. Tak perlu Duta Khas bertaraf Menteri untuk tarik pelabur.
  11. “Perdana Menteri kita adalah jurujual terbaik Malaysia. Beliau memudahkan kerja saya (menarik pelabur)” Tengku Zafrul.

Leave a Comment