
Kenapa sakit hati.
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗟𝗨𝗟𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡?
✍️ Ahmad Mursi
- RM329.5Billion pelaburan asing dan domestik diluluskan pada tahun 2023. Patutnya bersyukur dan bukannya sakit hati.
- Fikirkanlah hal rakyat yang dapat cari makan dengan 127,000 potensi peluang kerja diwujudkan.
- Tengku Zafrul sebut, biasanya 85% FDI direalisasikan. Lebih besar nilai diluluskan, lebih besarlah jumlah potensi yang direalisasikan.
- Syukurlah kerajaan stabil dan kita ada PMX, YB Zafrul dan Menteri2 yang kerja sungguh2 tarik pelabur. Pelabur yakin dengan kita dah memadai.
- Biarlah pembangkang yakin ekonomi kita merudum hanya kerana nilai ringgit. Bila kadar faedah US turun dan ringgit mengukuh, tercedoklah pembangkang nanti.
- Pakar ekonomi dah ulas, ringgit lemah berbanding USD ketika ini sebab dua faktor luar berlaku serentak (1) Beza kadar Faedah US-Malaysia (2) Prospek ekonomi China yang tidak menentu.
- Kita pula dah mula guna matawang tempatan (bukan USD) berdagang dengan China (25% atau RM250bil), Thailand (20%) dan Indonesia (18%).
- Walaun sibuk beli nasi lemak guna USD. Kerajaan pula mula usaha jauhi USD. Harap de-dollarization berjaya di seluruh dunia.
- Patut kita risau jika disebabkan ringgit lemah, maka ekonomi meleset, tiada pelabur nak masuk, ramai kena buang kerja, inflasi tinggi. Tapi sebaliknya berlaku sekarang ni.
- Mujurlah kita ada pemimpin yang faham ekonomi. Tak perlu tubuh Pasukan Jihad Tangani Inflasi. Tak perlu Duta Khas bertaraf Menteri untuk tarik pelabur.
- “Perdana Menteri kita adalah jurujual terbaik Malaysia. Beliau memudahkan kerja saya (menarik pelabur)” Tengku Zafrul.

